Pinjaman Kenderaan

 

Untuk pinjaman kenderaan, mana bank yang lebih baik?

Saya syor anda nilaikan bank untuk kemudahan anda seperti:

  • terdapat banyak cawangan -supaya senang untuk anda membuat bayaran bulanan.
  • mempunyai sistem internet banking-boleh membuat bayaran secara online.
  • Mempunyai banyak kemudahan ATM dan CDM (cash Deposit Mechine) - senang membuat bayaran tak kira masa.

 

Kenapa saya permohonan saya perlu penjamin?

antara sebab-sebab di perlukan penjamin adalah:

  • Pertama kali membuat pinjaman dan tiada sebarang 'track record' pinjaman terdahulu.(first time buyer)
  • Umur di bawah 24 tahun (bergantung pada situasi)
  • Tiada Lesen memandu
  • Baru bekerja dan belum di sah kan jawatan (termasuk lepasan Ijazah)
  • Gaji pokok kurang dari RM1500 
  • Gaji secara tunai (di pertimbangkan sekiranya ada potongon KWSP)
  • Bekerja di syarikat enterprise.
  • 'Track record' pinjaman terdahulu tidak menunjuk prestasi yang baik.
  • komitmen bayaran balik pinjaman yang sedia ada melebihi 50% daripada pendapatan


Berapa lama tempoh proses pinjaman?

antara 3-4 hari bekerja dan bergantung kepada situasi semasa.

 

Apakah maksud 'join income'?

join income adalah gabungan pendapatan suami isteri.

 

Kenapa perlu 'join income'?

Bila gaji pemohon tidak mencukupi, join income boleh membantu untuk mendapat pinjaman yang lebih tinggi hasil dari gabungan pendapatan suami isteri.

 

Sekiranya isteri saya tidak bekerja,boleh tak jadi penjamin?

Tidak boleh, penjamin mesti bekerja dan ada bukti pendapatan.

 

Saya berminat nak beli kereta tapi tiada lesen memandu?

tiada masalah , cuma perlu sedia seorang penjamin yang ada lesen memandu.


Apakah syarat-syarat untuk menjadi penjamin?

Mempunyai pendapan tetap , ada hubungan kekeluargaan seperti abang, adik ,kakak , ibu dan bapa.(kawan, saudara mara atau kenalan tak diterima dan bergantung juga  kepada situasi dan budibicara pihak bank)

 

 

 


Masih ada soalan?